Niat mahu telepon pengedar dadah tapi tersalah telepon polis

Deputi sheriff Jagger Naves dari Rowan County mendapatkan telepon pada pukul 4 pagi yang berasal dari seorang wanita yang ingin membeli dadah.

Wanita itu mengira nombor yang dia hubungi itu adalah milik seorang pengedar dadah lokal di negara bahagian North Carolina, kerana hanya ada perbedaan satu angka diantara nombor telepon mereka, menurut laporan Salisbury Post.

Menurut laporan pejabat Sheriff, wanita itu berteriak di telepon: “Ini bahkan bukan dadah seharga 10 dolar. Anda harus membenarkan hal ini!.”
Naves kemudian menyusun rencana untuk bertemu dengan penelepon dan seorang teman di sebuah parkiran kereta, dengan cara menyamar sebagai pengedar dadah.

Keduanya ditangkap dan kemudian didakwa atas kejahatan kepemilikan kokain. sang penelepon kemudian diidentifikasi sebagai Sandra Davis dan temannya bernama Henry Cloer.
Namun, di tempat penangkapan, telepon milik Davis tiba-tiba berdering keraa ditelepon oleh sang pengedar ubat bius.

Telepon tersebut kemudian membawa mereka kepada sang pengedar, Jermiere Walker dan temannya Pamela Henderson, yang kemudian ditangkap keraa kedapatan memiliki tiga paket kokain.

Konvoi jelajah PAS ditahan polis di Perak


March 28, 2013
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Trak konvoi "Jelajah Negara Berkebajikan PAS" didakwa telah ditahan 30 anggota pasukan polis termasuk anggota polis dari Cawangan Khas dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika dalam perjalan menuju ke lokasi ceramah di Seksyen 18 di Perak. 
 
Difahamkan anggota polis telah mengejar trak berkenaan sebaik sahaja keluar dari lebuhraya dan menahannya di Taman Pinji Perdana selepas melalui sekatan jalan raya yang dilakukan pihak berkuasa.

Memetik laporan Harakahdaily, sekitar lima kereta peronda polis, empat motorsikal berkuasa tinggi turut berada di lokasi berkenaan ketika trak tersebut ditahan.
Pemeriksaan trak yang memakan masa selama sejam itu bagaimanapun dibuat pihak JPJ.
Turut difahamkan, peguam PAS, Asmuni Awi antara pihak yang berunding dengan pasukan polis tersebut yang mendakwa mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan pihak atasan untuk menahan trak berkenaan.

Malah, Harakahdaily turut melaporkan lokasi ceramah pada malam itu juga terpaksa diubah daripada Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh penganjur mengatakan terdapat ramai anggota pasukan polis anti rusuhan (FRU) dan polis berada di lokasi bekenaan.