Niat murni menjadi tragedi menyayat hati

myMetro 30 Ogos 2013

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba merempuh motosikal dinaiki dua peragut bertukar tragedi apabila kenderaan itu terlanggar wanita yang diragut penjenayah terbabit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.

Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.
FotoKONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.

Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit.

Niat mahu telepon pengedar dadah tapi tersalah telepon polis

Deputi sheriff Jagger Naves dari Rowan County mendapatkan telepon pada pukul 4 pagi yang berasal dari seorang wanita yang ingin membeli dadah.

Wanita itu mengira nombor yang dia hubungi itu adalah milik seorang pengedar dadah lokal di negara bahagian North Carolina, kerana hanya ada perbedaan satu angka diantara nombor telepon mereka, menurut laporan Salisbury Post.

Menurut laporan pejabat Sheriff, wanita itu berteriak di telepon: “Ini bahkan bukan dadah seharga 10 dolar. Anda harus membenarkan hal ini!.”
Naves kemudian menyusun rencana untuk bertemu dengan penelepon dan seorang teman di sebuah parkiran kereta, dengan cara menyamar sebagai pengedar dadah.

Keduanya ditangkap dan kemudian didakwa atas kejahatan kepemilikan kokain. sang penelepon kemudian diidentifikasi sebagai Sandra Davis dan temannya bernama Henry Cloer.
Namun, di tempat penangkapan, telepon milik Davis tiba-tiba berdering keraa ditelepon oleh sang pengedar ubat bius.

Telepon tersebut kemudian membawa mereka kepada sang pengedar, Jermiere Walker dan temannya Pamela Henderson, yang kemudian ditangkap keraa kedapatan memiliki tiga paket kokain.