Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati Jumlah Meningkat Kepada 53 Orang – KPN

Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati, Jumlah Meningat Kepada 53 Orang - KPN


LAHAD DATU – Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kawalan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.
Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.
Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.
Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.
“Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung,” katanya.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo. – Mstar.com.my
Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.
Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.
“Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti,” katanya.

Penyiasat Swasta Whitney Houston Mati Dibunuh Penagih Hutang


Penyidik Swasta: Whitney Houston Tewas Dibunuh Penagih Hutang
google.image
Poster Whitney Houston dipasang di dekat gereja sebelum pemakamakannya berlangsung 

WASHINGTON - Seorang penyiasat swasta di Amerika Syarikat  , Paul Huebl mengaku telah berhasil mengungkap misteri kematian diva pop dunia, Whitney Houston.

Menurut Paul, penyanyi berkulit hitam itu mati dibunuh oleh dua orang penagih hutang.
Detektif Hollywood ini, mengaku memiliki sejumlah bukti yang menyokong klaimnya tersebut, di antaranya rakaman CCTV yang menunjukkan Whitney dibunuh oleh dua orang laki-laki yang hendak menagih hutang Whitney atas ubat-ubatan terlarang yang dibelinya.

Penyanyi yang popular melalui lagu berjudul I Will Always Love You ini, kata Paul, punya hutang lebih dari 1.5 juta US dollar dari seorang pengedar dadah sebelum dia ditemui mati di Beverly Hilton, Los Angeles, Amerika Syarikat, pada 11 Februari 2012.

"Saya memiliki bukti yang menunjukan bahawa Whitney telah menjadi korban pembunuhan pengedar dadah yang mengirimkan preman untuk menagih hutangnya," ujar Paul seperti dikutip Tribunnews.com, dari Foxnews.com, Jumaat (29/12/2012).

Paul melanjutkan, dia juga menemukan sejumlah tanda-tanda penganiayaan fisikal.
"Di tubuh Whitney terdapat luka yang menunjukan bahawa dia berjuang untuk mempertahankan hidupnya," kata si detektif tersebut.
Menurut Paul, dia berhasil menemukan informasi tersebut dari jaringan informan dan kini ia menyerahkannya ke tangan FBI agar kes kematian Whitney dibuka kembali.
TRIBUNNEWS.COM

Wanita Ditemui Mati Tertiarap Di Bangsar


KUALA LUMPUR – Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, hari ini.

Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak tiga hari lepas.

“Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA