Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati Jumlah Meningkat Kepada 53 Orang – KPN

Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati, Jumlah Meningat Kepada 53 Orang - KPN


LAHAD DATU – Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kawalan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.
Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.
Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.
Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.
“Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung,” katanya.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo. – Mstar.com.my
Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.
Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.
“Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti,” katanya.

Azizan Tidak Suka Perseteruan Politik – PM


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai seorang pemimpin yang baik, mudah diajak berbicara dan menghormati pemimpin politik lain meskipun berlainan parti.

Menurutnya, selain itu, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang cenderung mengajak ke arah perpaduan sesama umat Islam agar menjadi lebih kuat.

” Allahyarham juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak suka kepada perseteruan politik yang berpanjangan atau perbezaan pendapat yang boleh merugikan umat.

” Pemergian beliau, adalah satu kehilangan buat kita, justeru saya sekeluarga mendoakan agar rohnya akan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat.

” Kepada keluarga Allahyarham, saya ingin mengucapkan takziah dan bersabar dengan ujian ini,” katanya yang dipetik dari lama Facebooknya di sini hari ini.

SEMENTARA itu, jenazah Azizan yang meninggal dunia pada Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pukul 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak danenam cucu.

Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.

Rita Rudaini Seperti Budak Belum Matang – Fauzi Nawawi

Selepas persengketaan selama tujuh tahun, pelakon Rita Rudaini dan Lisdawati berdamai dan kini berlakon dalam drama terbaru, Kerana Sarah yang diarahkan oleh Murali Abdullah. Untuk makluman, Fauzi Nawawi suami Lisdawati juga berlakon dalam drama itu. Namun Rita mengeluarkan syarat dia tidak mahu Fauzi Nawawi ada bersama di set penggambaran ketika dia berlakon.


Susulan dari syarat itu, Fauzi Nawawi melalui Harian Metro berpendapat Rita Rudaini tidak matang.
Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada.
Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya.

Bagaimanapun, Fauzi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita. Tambahnya lagi, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita.
Fauzi turut berharap tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku antara isterinya dan Rita.
Lisdawati dikatakan tidak mempunyai masalah berlakon bersama Rita dan penggambaran yang membabitkan dirinya dengan Rita turut berjalan lancar.