Harga Minyak Tarif Elektrik Tol Naik Selepas Pilihanraya Umum 2013 PRU13 Komen Anda

Kenaikan Tarif Elektrik 2013
5 tahun lepas, rakyat Malaysia pernah melahirkan kerisauan menjelang Pilihanraya Umum ke 12 (2008), adakah ada kemungkinan kerajaan Malaysia bakal menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. Oleh itu rakyat Malaysia telah bertanya sendiri kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran kalangan rakyat Malaysia.
Akhirnya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka seketika, iaitu….
Ini antara penjelasan & jawapan balas Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu memgang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu 2 minggu sebelum berlangsung Pilihanraya Umum ke 12 (2008) pada 8 Mac 2008 adalah seperti di bawah ini…
“Harga minyak tidak naik & nafikan harga petrol akan naik selepas pilihanraya”
Kenaikan Harga Minyak
Datuk Najib terus menafikan harga minyak petrol akan naik selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008). ya…satu jawapan yang meyakinkan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Kenaikan Harga Minyak
Walaubagaimanapun, kerisauan rakyat Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya apakah dasar yang akan diambil kerajaan Malaysia selepas kemungkinan kenaikan harga minyak akan berlaku tidak lama sahaja lagi terus bertiup kencang.
Pada laporan berita yang dilaporkan Berita Utusan Malaysia seperti di bawah ini, Barisan Nasional telah pun berjaya menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 (2008) dan terus memgang tampuk pemerintahan Malaysia walaupun kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen buat pertama kalinya.
Hanya Petrol Naik
Akhirnya, kerisauan rakyat Malaysia kerisauan menjadi kenyataan & realiti.
“Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya”
Bukan 10 sen, 20 tetapi 78 sen kenaikan harga minyak petrol pada ketika itu ditambah juga dengan kenaian tarif elektrik. Walaubagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan semula. Hakikatnya sama sahaja maksudnya.
Kenaikan Harga Petrol
Kenaikan harga minyak petrol, diesel dan tol tidak hanya terhenti di situ sahaja, apabila kenaikan tol mengambil gilirannya. Jikalau anda, meneliti laporan Berita Semasa (DI SINI) skim cepat kaya versi kapitalis Malaysia cukup menguntungkan. Keuntungan lebuhraya Utara Selatan ini sahaja sudah mencecah RM18.3 bilion dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin (Hati Budi Sdn. Bhd.).
“Kerajaan ada 2 pilihan samada memebnarkan syarikat tol di Malaysia menaikkan caj tol ataupun membayar pampasan kepada syarikat tol jika tidak membenarkan mereka menaikkanya menggunakan  dana negara”
Kenaikan Tol 2013
Oleh itu, Berita Semasa ingin memulangkan semula persoalan ini kepada pemimpin politik, adakah selepas Pilihanraya Umum ke 13 harga minyak, tarif elektrik & tol akan dinaikkan?

http://beritasemasa.com/harga-minyak-tarif-elektrik-pilihanraya-2013

2 Lelaki Diberkas Selepas 10 Minit Ragut Wanita


GEORGETOWN – Kepantasan polis bertindak selepas menerima panggilan kecemasan 999 membolehkan dua penjenayah diberkas selepas 10 minit meragut beg tangan seorang wanita, dalam kejadian di Jalan Tingkat Bukit Belah, Bayan Lepas, di sini Isnin.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang menaiki motosikal menghampiri mangsa yang berjalan seorang diri menuju ke perhentian bas sebelum meragut beg tangan mangsa.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa yang turut menjerit meminta pertolongan. Orang awam yang menyaksikan kejadian kemudian membuat panggilan kecemasan yang dihubungkan terus ke Balai Polis Bayan Lepas.

“Balai itu kemudian menyampaikan maklumat kepada anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah tidak jauh dari lokasi. Kedua-dua suspek berjaya diberkas oleh anggota kita ketika cuba melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain kepada pemberita, di sini.

Menurutnya pemeriksaan polis terhadap suspek berusia 27 dan 21 tahun itu menemukan sebilah pisau lipat, senjata buku lima dan playar pelbagai guna yang dipercayai diguna untuk kegiatan samun.

Ujian air kencing juga mendapati kedua-duanya positif dadah dan suspek kini ditahan reman sehingga 24 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA