Lelaki Inggeris bayar pembunuhnya sendiri


Stephen Phillips 2
Polis  Thailand mengatakan bahawa Stephen Phillips mungkin tanpa disedari memberikan isterinya wang untuk membiayai pembunuhannya sendiri

Seorang pesara pekerja kereta api dari England, ditembak mati oleh pembunuh bayaran setelah sang isteri muda Thailand-nya menggunakan wang simpanan lelaki  itu untuk membayar para pembunuh profesional guna menghabisinya, menurut polis  Thailand.

Stephen Phillips (59), dari Torquay, Devon, ditembak mati bulan lalu  ketika dia menunggang motorsikal   di dekat kediamannya di sebuah desa terpencil, Baan Phai, sekitar 250  batu dari Bangkok.
Isterinya Wilaiwan (29) bersama dua orang Thailand, salah satunya diyakini sebagai kekasih gelap Wilaiwan, telah didakwa oleh polis  dengan tuduhan melakukan konspirasi untuk pembunuhan.

Petugas berfikir bahawa Phillips mungkin tanpa disedari memberikan isterinya wang untuk membiayai
pembunuhannya sendiri.
Pembunuh upahan  menembak Phillips di perut dan kedua kakinya sebelum menyarangkan sebuah peluru ke kepalanya.

Diyakini bahawa Phillips baru saja mengambil polisi  insuran nyawa sebesar 200,000 poundsterling, dan hampir 12,000   pound telah ditarik dari rekening bank di minggu-minggu menjelang penembakan, menurut laporan TheSun.
Namun, Wilaiwan yang bertemu dengan Phillips di internet, telah membantah terlibat dalam kematian suaminya dan mengatakan pasangan itu telah ditipu sebesar 7,000 pound oleh mafia bawah tanah dalam sebuah penipuan investasi.

“Orang-orang ini bukan lokal. Mereka melakukan perjalanan dari satu provinsi ke provinsi dan menipu orang. Suami saya marah dengan saya. Ia mengatakan ia akan bertemu dengan mereka.” tutur Wilaiwan kepada polis .
Namun, petugas menjadi curiga ketika melihat perilaku Wilaiwan di pemakaman suaminya, di mana ia dikatakan berpakaian tidak tepat untuk sebuah upacara kremasi.

Menurut Andrew Drummond, seorang teman Phillips yang tinggal dekatnya di Thailand, Phillips digelar  ‘Banteng yang terluka’ kerana sifat nya yang ‘mudah ditipu dan naif’, namun mengatakan bahawa meskipun begitu lelaki tersebut mencintai hidupnya di Thailand

Polis Thailand tidak mengomentari cerita Wilaiwan tapi seorang jurucakap   polis , Khon Kaen Juru mengatakan bahawa penyiasatan pembunuhan ketika  ini sedang berlangsung, dan tidak ada tersangka yang telah dikesampingkan dalam kes ini.
“Kami berharap untuk melakukan penahanan dalam waktu seminggu. Kerana orang asing telah mati  maka ada penekanan ekstra dalam investigasi. Pemandu  telah mengaku dan kita telah mengetahui indentiti orang bersenjata itu.” jelasnya.manadotoday

Rawatan Wajah Untuk Lelaki Berusia


oleh Dr. Rushmini Maris Ismail

Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.


Umum mengetahui apabila usia mula meningkat maka peluang untuk diserang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser semakin besar. Oleh kerana fenomena itu sangat serius dan mengancam nyawa, maka kita seharusnya menyekat kehadirannya sebelum ia berlaku. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Masalah Penampilan

Dalam bidang perubatan anti-penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan.

Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga, maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan.

Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah :

# pigmentasi pada kulit

# garis dan kedutan


# wajah jatuh menggeleber dan tampak tua

# rambut beruban

# rambut botak

# pori-pori wajah kasar kerana kerap bercukur

# kurang stamina dan kurang keinginan seks

# kulit kusam dan tidak sekata

# kulit gelap kerana pendedahan melampau pada matahari

# obesiti

Perbezaan Kulit Lelaki

Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit wanita.

Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.


Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak.

Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.

Rawatan Wajah

Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.

1) Modified Serdev

Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar, teknik Modified Serdev untuk mereka. Melalui teknik ini, benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan tinjauannya wajah tampak lebih muda dan menarik.


Teknik Modified Serdev digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber. Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan tinjauannya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.

Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat, kulit kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.

Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan, tidak sakit dan tinjauannya tahan lama.

Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di dalam tubuh kita namun tinjauannya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semulajadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada pada tempat yang betul dengan kekal.


2) Filler

Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata.

Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan filler. Terdapat pelbagai jenis filler di pasaran dan adalah dicadangkan filler jenis berasaskan kalsium digunakan kerana ia tahan lama dan tampak begitu natural sekali.

Sebenarnya dalam kulit turut terdapat asid hyaluronik yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, pengtinjauanannya juga kurang dan wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.

Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga. Bagi lelaki berusia 40-an, dicadangkan mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.


3) Laser

Bagi kaum lelaki, penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel-sel kulit, contohnya laser pixel. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata lain ia membaiki struktur kulit dan mengtinjauankan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka boleh diatasi dengan lebih berkesan.



Lagi info tentang RAWATAN WAJAH di sini.

Bunga Punya 6 Anak Dari Lelaki Berbeda

 27 Mei 2013
  TRIBUNNEWS.COM,SINGAPURA--Ibu enam anak ini --sebut saja namanya Bunga--mengungkapkan kegundahan hatinya, mengasuh enam anak yang dimiliki. Enam anak yang dimiliki dari enam pria berbeda.
 
Bunga membesarkan 5 dari 6 anaknya di sebuah kamar di rumah susun yang mungkin sudah terlalu sesak. Selain dia dengan anak-anaknya, kamar yang sempit itu juga didudukki adik perempuannya bersama suami dan keempat anak mereka.

Satu-satunya puteri yang dimiliki Bunga dibesarkan oleh neneknya di tempat lain. Dia menyesali apa yang sudah dilakukannya. Bergaul dengan para lelaki "nakal" seperti gangster dan pengedar dadah membuatnya lupa diri. Dia membiarkan dirinya dijamah dan hamil.

Ironisnya, dari 6 lelaki, hanya satu yang masih setia menjalin kontak dengannya. Selebihnya tidak peduli. Bunga, bahkan tidak dapat lagi mengingat nama mereka. Dia juga menyesal mengabaikan peringatan ibu dan adiknya.

Beruntung, organisasi Project Awareness and Neighbours mendapati kisah pilu Bunga. Ketika kali pertama datang ke rumah susun, mereka dibuat terkejut dengan realiti yang mereka lihat. "Hanya ada beberapa bungkus mi segera di dapur, tidak ada susu untuk anak-anak," ujar William Soh, salah seorang sukarelawan.

Dikutip dari Kompas.com, ketika ini, sejumlah organisasi datang memberikan bantuan. Keluarga Bunga mendapatkan 250 dollar Singapura setiap bulan. Putera pertamanya sekolah dengan biaya subsidi pemerintah.

Bunga bertutur, dia kali pertama hamil ketika berumur 27 tahun. Ketika itu dia diminta menggugurkan kandungan, tetapi menolaknya. "Setiap kali hamil, saya menyesal. Namun, anak adalah pemberian Tuhan dan saya berkewajiban menjaganya," kilahnya.

Bunga tidak pernah ragu menceritakan masa lalunya yang kelam kepada anak-anaknya. "Saya berharap anak-anak tidak akan pernah mengikuti perbuatan buruk yang saya lakukan," ujar dia.
Kini, rencana hidup Bunga hanya ingin fokus pada anak-anaknya. "Tak ada lagi lelaki ataupun hubungan," janjinya.

Lelaki Bionik Edisi China 12 Gambar


600 Yuan Man?

Sun Jifa, 51 kehilangan dua belah tangan beliau akibat kemalangan ketika memancing meggunakan bom sepuluh tahun yang lalu. Sun yang tinggal di Guanmashan, Provinsi Jilin tidak mempu membeli tangan palsu dan sejak 10 tahun lalu menjalani kehidupan beliau dengan mengggunakan tangan palsu buatan sendiri. Tangan palsu beiiau membeolehkan beliau menjalani hidup yang seakan normal. Good job Sun Jifa! Bukti jika ada kemahuan disitu ada tangan palsu buatan sendiri.







Ops Ini Dia Geisha Lelaki Pertama di Jepun



  • detail berita
 

2 Lelaki Diberkas Selepas 10 Minit Ragut Wanita


GEORGETOWN – Kepantasan polis bertindak selepas menerima panggilan kecemasan 999 membolehkan dua penjenayah diberkas selepas 10 minit meragut beg tangan seorang wanita, dalam kejadian di Jalan Tingkat Bukit Belah, Bayan Lepas, di sini Isnin.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang menaiki motosikal menghampiri mangsa yang berjalan seorang diri menuju ke perhentian bas sebelum meragut beg tangan mangsa.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa yang turut menjerit meminta pertolongan. Orang awam yang menyaksikan kejadian kemudian membuat panggilan kecemasan yang dihubungkan terus ke Balai Polis Bayan Lepas.

“Balai itu kemudian menyampaikan maklumat kepada anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah tidak jauh dari lokasi. Kedua-dua suspek berjaya diberkas oleh anggota kita ketika cuba melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain kepada pemberita, di sini.

Menurutnya pemeriksaan polis terhadap suspek berusia 27 dan 21 tahun itu menemukan sebilah pisau lipat, senjata buku lima dan playar pelbagai guna yang dipercayai diguna untuk kegiatan samun.

Ujian air kencing juga mendapati kedua-duanya positif dadah dan suspek kini ditahan reman sehingga 24 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA