Skandal ibu bukan lagi rahsia

11 Jul 2013
CHRISTINA yang kritikal selepas melecur teruk akibat disimbah cuka getah masih dirawat di HUS kelmarin.


KUCHING – Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.

Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.
Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.

“Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.
“Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini,” katanya ketika ditemui di HUS.

 kosmo.com.my

Anwar cadang debat politik bukan sekatan politik

sinar harian
3 September 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KANGAR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat politik berbanding sekatan politik terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, debat politik lebih bermanfaat berbanding sekatan politik yang disarankan oleh Najib bagi menyekat PR mara ke Putrajaya.

“Lebih baik buat debat politik, bukannya sekatan politik. Tetapi jika kita ajak debat politik, dia (Najib) tak berani,” katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri di Bilik Gerakan Parlimen Kangar, semalam.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengadakan sekatan politik berbentuk tidak waras seperti sekatan media dan menyebarkan fitnah, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan berhemah.
“Asalkan jangan guna taktik kotor dalam sekatan politik itu. Jika sekadar ceramah atau sekatan biasa, PR tidak gentar,” katanya.

Kelmarin, Najib menyarankan anggota parti supaya bersatu membentuk sekatan politik untuk memastikan hasrat pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dapat dihalang