Anwar menang kes saman terhadap Khairi

Kami Boikot Buletin Utama TV3

TERKINI : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai...

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Berita Penuh : http://www.keadilandaily.com/anwar-menang-saman-khairy-tarik-balik-fitnah/
TERKINI : Datuk Seri @[16194831839:274:Anwar Ibrahim] hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai...  Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.  Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.  “Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  “Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.  Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini.  Berita Penuh : http://www.keadilandaily.com/anwar-menang-saman-khairy-tarik-balik-fitnah/

Anwar cadang debat politik bukan sekatan politik

sinar harian
3 September 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KANGAR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat politik berbanding sekatan politik terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, debat politik lebih bermanfaat berbanding sekatan politik yang disarankan oleh Najib bagi menyekat PR mara ke Putrajaya.

“Lebih baik buat debat politik, bukannya sekatan politik. Tetapi jika kita ajak debat politik, dia (Najib) tak berani,” katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri di Bilik Gerakan Parlimen Kangar, semalam.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengadakan sekatan politik berbentuk tidak waras seperti sekatan media dan menyebarkan fitnah, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan berhemah.
“Asalkan jangan guna taktik kotor dalam sekatan politik itu. Jika sekadar ceramah atau sekatan biasa, PR tidak gentar,” katanya.

Kelmarin, Najib menyarankan anggota parti supaya bersatu membentuk sekatan politik untuk memastikan hasrat pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dapat dihalang