44 ahli parlimen Zimbabwe bersunat


SEORANG doktor (kiri) bersedia untuk menjalankan prosedur berkhatan ke atas seorang ahli parlimen di dalam sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan Parlimen di Harare, Zimbabwe kelmarin.
HARARE: Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.

Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.

Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.

Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.

Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. KERENGGA
-Agensi-

Pakatan dapat 120 Parlimen 9 negeri

Harakah, 06 Apr 2013



KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak jangkaan bahawa Pakatan Rakyat mendahului BN sekurangkurangnya 120 kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 serta dapat menguasai sembilan negeri.

Itu adalah unjuran PAS.

Laporan daripada strategis ‘war room’ Umno pula mendedahkan BN akan hilang 20 kerusi sebaik Parlimen dibubar kerana masalah calon dan perebutan kerusi yang meruncing.

Perkembangan ini benar-benar mencemaskan Najib Tun Razak dan BN seluruh negara.