Bersediakah kita menghadapi akhir zaman

 

Ini ada cerita Fadah nak share kat bloggers semua mengenai satu perbincangan mengenai akhir zaman yang Fadah baca...

Jom kita layan sama-sama...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Semalam, aku berborak dengan sahabat2 ku mengenai persediaan menghadap akhir zaman,
apakah kita benar2 bersedia menghadapi zaman tersebut atau kita hanya lafaz dibibir namun perbuatan kita jauh sekali.
sudah ada Quran dan Hadis sebagai panduan, persoalannya adakah kita benar2 menggunakan kedua elemen penting itu sebagai panduan?

Teringat aku mengenai penakhlukan Konstantipole oleh Sultan Al Fateh..
dimana beliau merupakan sebaik-baik pemimpin dan pengikutnya adalah sebaik2 pengikut..
dan sebelum kemenangan beliau dan pengikutnya..
telah ramai pejuang pejuang Islam yang cuba memenuhi seruan Hadis penawanan Kostantipole itu..

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pokok persoalan nya bukan untuk melihat kejayaan yang telah berlalu..
Pokok persoalannya manakah semangat pejuang2 islam yang benar-benar menjadi kan hadis dan Quran sebagai panduan untuk mereka mencapai kejayaan..
jika dilihat pada zaman kini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Pihak Yahudi telah menyelidiki hadis2 Rasulullah untuk menghadapi akhir zaman sebagai persediaan mengenai peperangan yang telah dijanjikan pada akhir zaman ini...
bagaimana pula dengan umat Islam.. ?
teringat mengenai pesanan Rasulullah tentang akhir zaman..
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

jika kita menonton siri the Arrival, dimana satu ketika nanti, dunia sudah tidak menggunakan wang kertas sebagai urusan jual beli sebaliknya menggunakn sistem digital, contoh yang jelas skrang pembayaran bil melalui cimb click, perbankan internet, touch n go dan sebagainya.. smuanya dalam bentuk digital..
mahu dikaitkan pula dengan jangkaan bahawa satu letusan yang kuat akan berlaku, dan kesannya akan mengubah gelombang magnetic di muka bumi ini, perubahan gelombang magnetic yang drastik ini akan menyebabkan barangan elektrik tidak berfungsi.. apabila keadaan sebgitu berlaku.. 

maka terhapuslah sistem kewangan digital dimana elektrik merupakan sumber kuasa untuk pengurusan "wang wang digital ini" akhirnya, yang laku hanya wang dinar dan emas sahaja.. sesuai dengan hadis nabi
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
justeru sudah kah kita bersedia untuk menghadpi zaman tersebut?

dan pada waktu itu juga segala kenderaan yang ada unsur elektrik juga tidak boleh digunakan..
contoh, kereta, motor, LRT, kereta tank, barang peperangan yang guna kuasa elektrik, dan lain2..
semuanya tidak akan berfungsi.. yang akan berfungsi adalah benda2 hidup.. dan kita akan kembali menunggang kenderaan semula jadi spt unta, kuda, keldai dan ...
ini bertepatan dengan hadis nabi
hadis Rasulullah Saw : “Ajarlah anakmu berenang, memanah & menunggang kuda”.
hadis ini sangat sesuai jika perkara yang diatas berlaku.. dan jika hadis ini benar-benar menjadi panduan dalam hidup kita, maka ini akan menjadi kelebihan buat umat islam dalam peperangan pada akhir zaman..
namun walauapapun... 

perkara diatas belum terjadi dan mungkin jadi mungkin tidak, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.. tapi usaha itu kena ada, jadi bersedialah dan jadikanlah al Quran dan hadis sebagai panduan yang sebenar-benarnya panduan... 

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan mengtinjauankan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.
janganlah kite dilekakan dengan dunia ini lagi... untuk apa kita hidup? untuk siapa kita hidup?
ummati ummati ummati.... 

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. dan Ente lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
An Nashr
Sebarkan....  

source



kesan zina yang mesti kita tahu

zina

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.


Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.