Anak Gadis Derhaka Buat Maksiat Depan Ibu


Anak Gadis Derhaka, Buat Maksiat Depan Ibu
Anak Gadis Derhaka, Buat Maksiat Depan Ibu - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.
Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK). Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.
Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.
“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.
Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.
Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya. – SH

VIDEO Dulu ‘JAGUH’ Depan Kamera Sekarang Hanya Mampu Tertunduk Malu…

Alvin

Pasangan seks murahan, Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya tunduk dihadapan kamera walaupun sebelum ini mereka bersifat ghairah melampau jika berada di hadapan alat berkenaan.
Semalam, kedua pasangan itu terutama Vivian yang diacu lensa jurugambar media hanya tunduk dan bertindak pasif ketika meninggalkan pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia  (SKMM).
Agak kelakar… mereka sangat berani berbogel di hadapan kamera dan berkongsi video lucah kepada umum, kenapa pula perlu tunduk di hadapan kamera wartawan walaupun berpakaian sempurna?
Ketika keluar …mereka diiringi oleh dua orang pegawai polis dipercayai dari Ibupejabat PDRM Bukit Aman.
Nyata kali ini mereka goyah apabila pihak SKMM dan PDRM bertindak secara serius dalam isu tersebut.
Mereka yang bertindak mengikut hawa nafsu dan tidak berfikir akan kesan tindakan akhirnya tunduk dengan lunas undang-undang.
Malaysia tidak pernah menghalang kebebasan bersuara tetapi ia mesti berlandaskan peruntukan Perlembagaan.
Mereka yang sebelum ini dilihat berani berhadapan dengan masyarakat nampaknya malu untuk berdepan dengan media.
Wakil media yang menunggu mereka selesai memberikan keterangan kepada SKMM selama lebih 10 jam hanya menerima komen ringkas daripada Alvin.
“No komen.. Tiada apa yang perlu dikatakan di sini. Jangan tanya kami, tanya kepada SKMM.
“Kami telah memohon maaf di Youtube dan kami ikhlas,” komen Alvin ringkas.
Persoalannya sekarang… apakah pasangan tersebut benar-benar insaf dengan apa yang dilakukan oleh mereka itu?
Oleh: HARITS ASYRAF
Video: RIZA RAZAK