Cinta Terhalang Perang Dunia Pasangan Ini Akhirnya Berkahwin jugak

  25 Julai 2013 
 
Bob Humphries dan Bernie Bluett (c) dailymail.co.uk
Pasangan ini jatuh cinta ketika masih remaja, puluhan tahun yang lalu. Sayang.. perang dunia kedua membuat keduanya terpisah dalam waktu yang sangat lama. Teknologi di masa itu belum maju, sehingga mereka kehilangan kontak dan tidak pernah berhubungan sama sekali. Tetapi inilah kekuatan takdir, cinta membawa kedua pasangan ini bertemu kembali, dan berkahwin setelah berpisah 70 tahun.

Dia Prajurit Yang Tampan dan Gagah..
Kisah cinta Bob Humphries (89 tahun) dan Bernie Bluett (87 tahun) menjadi perhatian manis dunia. Setelah hampir 70 tahun berpisah, akhirnya mereka menikah, saling mengucap janji setia. Tidak ada kata terlambat untuk merayakan cinta yang suci, bahkan perang dunia kedua tidak melunturkan cinta yang pernah tumbuh puluhan tahun lalu.
(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Dilansir dari web Dailymail.co.uk, pasangan romantis ini jatuh cinta pertama kali ketika masih remaja. Ketika itu mereka bertemu saat cuti saling mengirim surat cinta, manis sekali bukan?
"Ketika itu saya berusia 17 tahun, dan dia 18 tahun," ujar sang pengantin wanita. "Dia adalah tentera tampan yang suka memakai seluar khaki dan berjalan dengan gagah. Saya fikir akan berkahwin dengan lelaki itu suatu hari nanti," lanjutnya.

Perang Dunia Kedua Memisahkan Cinta Mereka
Harapan tinggal harapan. Pada masa itu, perang dunia kedua sedang memanas, tuan Bob muda yang merupakan perajurit Angkatan Darat harus berpisah dengan nyonya Bernie. Surat-surat cinta yang dikirim harus berakhir kerana keduanya sama-sama melayani negara untuk perang dunia kedua.
(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Kehilangan perhubungan  membuat cinta yang tumbuh harus layu sebelum memasuki jenjang pernikahan. Nyonya Bernie menikah dengan seorang pilot dan memulai kehidupan baru di New Zealand. Sebelas tahun yang lalu, suami nyonya Bernie meninggal. Tuan Bob juga menikah dengan wanita lain, tahun lalu, isteri beliau meninggal dunia.
Kami Merasa Muda Kembali

Dengan kondisi sudah sendiri, puteri nyonya Bernet yang tahu kisah cinta ibunya ketika remaja mencari keberadaan tuan Bob secara online. Tidak ada yang boleh memisahkan kekuatan cinta, puteri nyonya Bernet menemukan berita tentang kisah perjuangan tuan Bob di akhbar lokal. Singkat cerita, akhirnya tuan Bob dan nyonya Bernet bertemu kembali setelah puluhan tahun berpisah.

"Saat saya bertemu dengannya lagi, saya melihat seorang prajurit muda. Kami berdua sama-sama merasa muda kembali," ujar nyonya Bernet yang sedang berbahagia.

"Rasanya seperti kembali ke masa muda kami yang penuh cinta," ujar tuan Bob. "Kisah seperti ini akan menjadi cinta yang tidak akan pernah kalian lupakan," lanjutnya.
(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Impian nyonya Bernet ketika muda terkabul, dia berkahwin dengan perajurit tampan yang selalu menjadi cinta sejatinya. Pernikahan mereka berlangsung sederhana, dipenuhi senyum bahagia anak dan cucu-cucu mereka. Jika mereka boleh berbahagia kerana cinta, anda juga boleh :)
"Bernie adalah cinta pertama dan terakhir saya," ujar tuan Bob
 sumber:Vemale.com

‘Rahsia’ Mengapa ‘Anu’ Izzue Islam Perlu Dikhatankan Semula Akhirnya Terbongkar


Heboh satu Malaya mengenai majlis berkhatan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang berlangsung di Rumah Bakti Ulu Klang.

Izzue Islam baru nak berkhatan? Biar betul?! Tapi memang itulah yang berlaku. Majlis berkhatan tersebut dijalankan secara tradisional bersama anak-anak yatim Rumah Bakti.

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bagi merestui bakal-bakal ‘pemuda’  dan lebih menarik lagi mereka turut diarak seperti pengantin sebelum dimandikan secara beramai-ramai.
Seterusnya Izzue dan ‘rakan-rakannya’ dipersiapkan dengan baju melayu segak sebelum bertemu Tok Mudim.

Haaa… percaya atau tidak? Majlis berkhatan Izzue Islam memang betul-betul berlaku!

Tapi sebenarnya ia adalah sebahagian dari gimik bagi mempromosikan filem Hantu Tok Mudim, terbitan Showbiz Production yang akan mula menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 21hb November 2013 ini.

Izzue Islam bukan berkhatan sekali lagi sebenarnya, tetapi majlis yang berkonsepkan ‘Sneak-Peak’ dari filem ini bukanlah sekadar majlis promosi filem biasa tetapi turut memberi peluang kepada pihak Showbiz Production dan pelakon-pelakon filem Hantu Tok Mudim beramah mesra dan meraikan anak-anak kurang bernasib baik ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Harun Salim Bachik, Soffi Jikan dan Adrea Abdullah.

Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tok Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini bermula pada 15hb November depan.

Sumber: astrogempak.com.my