AWAS !! Tentera AS ada Pelan Untuk Serang Makkah Madinah

VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.
Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.



Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey
Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.

Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.
Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.
Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.
Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.
“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.
Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.
“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.
“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya.

Terkejut Ada Pinjaman RM1 2juta

Salam semua,

BANDAR TEMERLOH – Seorang kerani syarikat swasta yang memohon pinjaman untuk membeli kereta dengan sebuah institusi kewangan terkejut selepas dimaklumkan dia mempunyai rekod pinjaman sebanyak RM1.2 juta.Hoh Chew Yue, 21, berkata, dia bertungkus-lumus bekerja selama dua tahun ini untuk menyimpan wang deposit bagi membeli sebuah kereta, sebelum memohon pinjaman bank sebanyak RM30,000 sebagai bayaran baki.Bagaimanapun dia terkejut apabila dimaklumkan kakitangan bank terbabit pada 12 Jun lalu bahawa dia mempunyai pinjaman lain sebanyak RM1.2 juta, sekali gus menyebabkan permohonannya ditolak.

"Saya beritahu ibu bapa mengenai perkara ini dan mereka juga terkejut kerana mereka tahu saya mula bekerja pun kira-kira dua tahun lalu, jadi mustahil saya boleh buat pinjaman sebanyak itu,” katanya kepada media, semalam.Bagi mendapatkan kepastian, Chew Yue pergi ke Bank Negara keesokan harinya, namun jawapan yang diterima juga sama tetapi kali ini maklumatnya lebih terperinci apabila mendapat tahu pinjaman itu dibuat pada Februari 2011 atas namanya bersama dua individu lain.Menurutnya, selepas laporan dibuat di Bank Negara, dia kembali ke bank tempatan di Mentakab untuk tindakan susulan, namun sekali lagi terkejut apabila mendapati baki pinjaman telah dilangsaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja.“Saya sangat keliru, ada individu yang tidak dikenali membuat pinjaman bank bersama saya dalam jumlah yang sangat besar dan lebih pelik ia diselesaikan dalam tempoh beberapa jam selepas sahaja laporan dibuat,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya dekat Temerloh Jaya.

Chew Yue berkata, selepas siasatan dilakukan akhirnya bekas majikannya mengakui bertanggungjawab menyalahgunakan salinan kad pengenalan dan memalsukan tandatangannya untuk memohon pinjaman RM1.2 juta bagi membuka sebuah syarikat.Keliru dengan semua itu, Chew Yue membuat laporan kepada Bank Negara dan polis bagi menyiasat kemungkinan ada penglibatan pihak-pihak tertentu kerana terlalu mudah pinjaman sebanyak itu diluluskan hanya menggunakan salinan kad pengenalan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Sumber:informasi.my